PerihalSoalan-Soalan LazimPembangun PerisianDerma
 
 
perihal

Nutch merupakan inisiatif baru untuk membangunkan enjin carian web berasaskan prinsip sumber terbuka.

Carian web merupakan keperluan asas untuk melayari internet, tetapi bilangan enjin pencari semakin berkurangan. Oligopoli pada hari ini akan menjadi monopoli, dengan sebuah organisasi mengawal hampir keseluruhan carian web untuk keuntungan komersil. Ini tidak membawa sebarang manfaat kepada pengguna internet.

Nutch adalah satu alternatif transparen kepada enjin-enjin carian komersil. Hanya hasil pencarian yang berasaskan konsep sumber terbuka boleh dipercayai sepenuhnya tanpa berat sebelah (sekurang-kurangnya, kewujudan berat sebelah adalah umum). Kesemua enjin-enjin carian semasa memiliki formula ranking khusus, dan pemilik-pemilik enjin carian tersebut tidak akan mendedahkan sebab-sebab kenapa sesuatu hasil pencarian berada pada ranking yang dipaparkan. Sesetengah enjin-enjin carian mengindekkan laman-laman web berasaskan bayaran dan menghiraukan merit laman-laman web tersebut. Disebaliknya, Nutch, dengan tanpa selindung dan tidak memiliki motif untuk berat sebelah dalam pencariannya, akan senantiasa berusaha memberi hasil-hasil pencarian yang terbaik kepada pengguna.

Tujuan Nutch adalah untuk memberi kesemua masyarakat internet satu enjin carian web yang bertaraf antarabangsa, senang dan kos efektif untuk diimplementasikan. Ini merupakan cabaran yang besar. Untuk berjaya, perisian Nutch mesti berupaya:

  • mengaut beberapa bilion laman-laman web dalam satu bulan
  • menyengara indek bagi laman-laman web tersebut
  • berupaya mencari indek tersebut pada kelajuan 1000 kali sesaat
  • memberi hasil-hasil pencarian yang berkualiti
  • beroperasi dengan kos yang minima

Ini adalah proposisi yang mencabar. Jikalau anda percaya dengan merit projek ini, anda dipelawa untuk menghulurkan bantuan, samada sebagai pembangun perisianatau menderma.



    Creative Commons License
Except where otherwise noted,
this site is licensed under a Creative Commons License.
ca | de | en | es | fi | fr | hu | jp | ms | nl | pl | pt | sv | th | zh
sf.net